fbpx
Mayat berkenaan ditemui di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor semalam. - Foto IHSAN APMM

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di perairan Tanjung Hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada pukul 10.31 pagi berhubung penemuan satu mayat terapung pada kedudukan kira-kira 2.4 kilometer (km) barat daya Tanjung Hantu.

“Susulan laporan tersebut, Bot Penggalang 1639 telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pengesahan dan tindakan lanjut.

“Bot berkenaan tiba di lokasi pada pukul 11.22 pagi sebelum mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mayat tersebut telah ditemui terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing pada kedudukan kira-kira 2.6km barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada APMM untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pengecaman identiti, bedah siasat dan siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN