PETALING JAYA – Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.14 malam ini.
Jalaluddin yang disebut-sebut sebagai pilihan Barisan Nasional (BN) bagi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dilaporkan mendahului pencabarnya dengan kelebihan lebih 1,000 undi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, beliau mempertahankan kerusi Pertang dengan majoriti 2,790 undi.
Pada PRN kali ini, Jalaluddin berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Umry Abdul Khois dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Faizal Fadli Idrus. – KOSMO! ONLINE














