fbpx
Eryqa dan adiknya, Mazri bersama keluarganya ketika ditemui pemberita di SMA Dato Klana Petra Maamor, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Gen Z menggigil nak pangkah undi kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Rasa gementar sehingga menggigil ketika memangkah kertas undi menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan seorang pengundi muda yang pertama kali menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini hari ini.

Hani Eryqa Mazlan, 21, yang bekerja sebagai pereka fesyen di Kuala Lumpur berkata, perasaan berdebar mula dirasai sebaik melangkah masuk ke pusat mengundi kerana tidak pernah melalui proses tersebut sebelum ini.

“Saya memang menggeletar masa nak tanda undi. Mungkin sebab kali pertama mengundi, jadi semuanya terasa baharu dan mendebarkan. Saya cuma berharap pilihan saya dapat membantu menjadikan negara lebih baik daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor, di sini, hari ini.

Menurut Hani Eryqa, dia hadir mengundi bersama empat lagi ahli keluarganya termasuk adiknya, Hani Mazri Eyna, 20, yang juga pertama kali pertama mengundi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN