fbpx
Muhammad Izzuddin (tengah) berhadapan empat pertuduhan amang seksual terhadap tiga budak lelaki di Mahkamah Sesyen Besut hari ini.

Guru agama didakwa ‘sentuh’ tiga budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap tiga kanak-kanak dan remaja lelaki termasuk seorang anak muridnya sejak tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Izzuddin Mohmad Asari, 31, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah sebagai seorang guru didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di koperasi sebuah sekolah di daerah Besut pada pukul 4.30 petang, April 2025.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama dengan menyebabkan kanak-kanak itu melihat video bersifat seksual di lokasi, masa dan tarikh sama.

Muhammad Izzuddin didakwa mengikut Seksyen 14(d) dan Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Muhammad Izzuddin juga berhadapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di lokasi sama pada pukul 2.40 petang, Mei 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimjm 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di lokasi sama antara pukul 9.15 malam hingga 10.30, 12 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN