fbpx
DADAH dan wang tunai yang dirampas daripada suspek di Bera, semalam.

Sorok wang RM97,000 hasil jual dadah bawah katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menyita wang tunai berjumlah RM97,000 dipercayai hasil jualan barang terlarang itu selepas menahan seorang lelaki di tepi jalan Felda Tembangau 1, Kemayan, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah Bera.

“Pemeriksaan ke atas suspek yang menunggang motosikal jenis Honda menemukan syabu seberat 367.55 gram, pil erimin 5 (27.1 gram) dan ganja (138.17 gram) yang kesemuanya bernilai RM21,502.

“Polis turut menyita wang RM97,000 yang disimpan di bawah katil dipercayai hasil jualan dadah serta motosikal jenis Kawasaki bernilai RM25,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, lelaki itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine, amphetamine dan benzo. Semakan turut mendapati suspek memiliki tiga rekod dadah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN