fbpx
Anwar berucap sempena perasmian SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin, Seberang Perai hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Malaysia dibina atas asas perpaduan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Mana-mana pemimpin yang mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap kaum lain disifatkan tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan nilai sebuah negara yang sudah hampir 70 tahun mengecapi kemerdekaan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Malaysia dibina atas asas perpaduan dan setiap warganegara yang menerima Perlembagaan serta setia kepada negara perlu dihargai sebagai kekuatan, bukannya dipinggirkan.

“Negara kita sudah merdeka hampir 70 tahun. Saya tidak fikir harus ada mana-mana pemimpin (tidak) bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan yang begitu, kerana ia menghina kehadiran lain-lain kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam satu ceramah di Jempol, Negeri Sembilan.

Terdahulu, Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN