fbpx
Gambar hiasan. FACEBOOK HSR

‘Siapa doktor wanita di HSR, saya nak Sispaa dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Siapakah doktor wanita India yang bertugas di Hospital Slim River (HSR)? Saya nak ‘Sispaa’ dia.”

Demikian pertanyaan seorang wanita yang meminta bantuan orang ramai untuk ‘mengesan’ seorang pegawai perubatan wanita berbangsa India yang merawat ibunya di hospital itu di Perak baru-baru ini.

Menggunakan profil @Im_nikida, wanita itu berkata, dia ingin membuat laporan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) susulan layanan baik doktor berkenaan terhadap ibunya.

“Tak pasti (doktor berkenaan) di Wad Wanita 4 atau di Unit Kecemasan, saya nak Sispaa dia. Mak saya masuk wad lewat petang, tidak makan seharian dan mengadu lapar kepada doktor.

“Jururawat kata tiada makanan untuk mak sebab masuk lewat petang. Mak kata doktor beri nasi (kepunyaan doktor). Dia (doktor) kata dia boleh beli (makanan) lain. Mak kata, doktor baik dan lembut. Semoga doktor maju jaya dalam kerjaya dan dapat menjadi pakar,” katanya.

Hantaran tersebut meraih perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut meninggalkan komen menerusi media sosial kementerian berkenaan.

“Terima kasih atas perkongsian yang amat positif ini. Kami akan ambil maklum supaya penghargaan sewajarnya dapat disampaikan kepada doktor berkenaan.

“Semoga ibu puan cepat pulih dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Terima kasih sekali lagi berkongsi pengalaman baik ini. Ia memberi motivasi dan semangat kepada warga kesihatan kami,” ujar KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN