PRISTINA, KOSOVO – Atlet ekstrem Bujar Muli sekali lagi memukau penonton apabila menampung simen seberat dua tan metrik di atas badannya sekali gus memecahkan Guinness World Records, lapor laman berita Men’s Journal
Pencapaian itu disempurnakan pada 18 Julai lalu di kampung halamannya di Vushtrri dengan Muli digelar sebagai ‘Hulk of Kosovo’.
Pencapaian itu juga mengatasi rekod terdahulu Muli dan mengukuhkan reputasinya sebagai antara atlet paling luar biasa di dunia.
Menurut Guinness World Records dan akhbar tempatan, Muli berjaya menampung karung simen seberat 2,000 kilogram yang diletakkan di atas badannya.
Muli mengekalkan berat yang sangat besar itu untuk tempoh lima saat, sudah cukup untuk menjamin rekod dunia baharu pada percubaan pertamanya.
Berketinggian 183 sentimeter dan berat 135 kilogram, Muli bertahun-tahun membina kekuatan yang diperlukan untuk salah satu kategori rekod paling mencabar dari segi fizikal yang diiktiraf oleh Guinness.. – AGENSI














