fbpx
Keadaan bas yang remuk selepas melanggar lori simen di wilayah Kohn Kaen, Thailand semalam. - MGR Online

2 maut, 30 cedera bas bertembung lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sepasang suami isteri terbunuh, manakala 30 lagi cedera selepas bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka merempuh sebuah lori pembancuh simen di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Mittraphap berhampiran Stesen Ban Chot Nong Kae Weigh semalam. 

Bas yang dikendalikan oleh syarikat Chan Tour itu dalam perjalanan dari Bangkok ke wilayah Khon Kaen. 

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian, dengan pemotong hidraulik digunakan untuk mengeluarkan dua mayat dari serpihan. 

Kira-kira 30 mangsa yang cedera dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut. 

Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut telah menjalani ujian pernafasan, namun ia didapati negatif. 

Superintenden Balai Polis Phon, Kolonel Peerachat Sakha mengesahkan bahawa bahan bukti dan maklumat sedang dikumpul untuk menentukan punca sebenar kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI