fbpx
Tangkap layar seekor kucing yang tersepit di eskalator MRT Sungai Besi, pagi tadi.

Ramai berpakat ‘crowdfund’ untuk kucing tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial berpakat mengumpul sumbangan bagi menampung kos rawatan seekor kucing yang tersepit pada bahagian kedua-dua kaki di celah eskalator di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Besi, pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @jnninc, kejadian itu berlaku di MRT Sungai Besi sebelum kakitangan bertugas bertindak pantas menghentikan eskalator bagi menyelamatkan haiwan tersebut.

“Tindakan pantas daripada encik yang bertugas itu menghentikan eskalator dan memanggil staf MRT. Terima kasih banyak.

“Harap dah dikeluarkan dan ada yang sudi bawa dia ke klinik. Saya tak dapat tunggu lama sebab nak pergi kerja.

“Kalau ada yang bawa dia ke veterinar dan perlukan bantuan untuk bil rawatan, boleh kongsi kod QR supaya kita semua boleh hulurkan sedikit sumbangan. Awak ni meow, nakal sangat,” katanya.

Dalam hantaran sama, seorang lagi pengguna, @soniaahoran memaklumkan kucing berkenaan telah berjaya dikeluarkan dan sedang dibawa mendapatkan rawatan di klinik veterinar.

“Dah selesai dan sedang ke klinik veterinar. Nanti saya kongsi perkembangannya di Instagram dan Threads.

“Walaupun anggaran kos rawatan mencecah RM3,000, saya tawakal dan ambil kucing itu sebab tiada siapa membawanya ke klinik,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih lebih 151,000 tontonan dan dibanjiri komen pengguna media sosial yang meluah rasa simpati terhadap nasib kucing berkenaan serta menawarkan bantuan bagi menampung kos rawatannya.

“Kesiannya, pihak berwajib dah boleh tampal pelekat kuning tepi eskalator, bagitahu selain kasut crocs, kaki berbulu pun perlu berhati-hati bila guna eskalator,” komen Alia.

“Terima kasih orang baik! Kalau nak crowdfund pun boleh. InshaAllah akan tolong mana mampu,” komen pengguna onmydaysoffs.

“Bantulah yang mana berdekatan nanti sedekah seorang sikit untuk bil vet,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN