fbpx
Hasbollah (tengah) menunjukkan rampasan minuman keras dan rokok bernilai RM9.381 juta dalam dua kes berasingan di Perai, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Minuman keras tak berkastam RM237,244 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas pelbagai minuman keras disyaki tidak berkastam bernilai keseluruhan RM237,244.40 termasuk duti dan cukai selepas menahan sebuah lori di susur keluar Tol Bukit Tambun (Utara), Simpang Ampat, 29 Mei lalu.

Pengarahnya, Hasbollah Din berkata, serbuan kira-kira pukul 2.15 petang itu dilakukan sepasukan pegawai Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri hasil maklumat risikan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang disyaki barang tidak berkastam di dalam muatan kenderaan tersebut.

“Semua barang kes disita untuk siasatan lanjut manakala pemandu lori bersama kelindannya yang merupakan lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket dipercayai menggunakan lori bagi menyeludup minuman keras untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut atau berurusan dengan barang tidak berkastam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN