fbpx
Mohamad.

Malaysia tidak anti-Yahudi, cuma tidak iktiraf Israel – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Malaysia menegaskan tindakan mengarahkan seorang warga Amerika Syarikat (AS) meninggalkan negara ini dibuat kerana individu berkenaan turut memiliki kewarganegaraan Israel, bukan disebabkan beliau berketurunan Yahudi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu selaras dengan dasar imigresen negara yang sejak dahulu tidak mengiktiraf Israel serta pasport yang dikeluarkan rejim berkenaan.

Menurutnya, Malaysia tidak pernah mengamalkan dasar mendiskriminasi seseorang berdasarkan kaum atau agama.

“Kita bukan menolak orang Yahudi. Kita tidak mempunyai masalah dengan sesuatu kaum, tetapi kita tidak mengiktiraf rejim Zionis Israel.

“Sekiranya seseorang itu memegang pasport Israel, kita tidak mengiktiraf pasport berkenaan. Ia bukan kerana dia orang Yahudi,” katanya pada program santai bersama beliau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pedas Tengah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong di sini hari ini.

Mohamad berkata, individu terbabit memiliki dua kewarganegaraan, iaitu AS dan Israel, serta memasuki Malaysia menggunakan pasport Amerika.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati individu itu turut merupakan warganegara Israel menyebabkan pihak berkuasa memintanya meninggalkan Malaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN