HONG KONG – Polis Hong Kong menahan seramai 991 orang dalam operasi anti perjudian Piala Dunia 2026 bermula Jun sehingga bulan ini dan merampas rekod pertaruhan bernilai lebih HK$365 juta (RM190 juta), lapor portal berita The Standard.
Rampas tersebut merangkumi wang tunai berjumlah kira-kira HK$3 juta (RM1.5 juta) serta hasil jenayah yang disyaki sebanyak HK$4.4 juta (RM2.2 juta).
Serbuan ke atas 249 premis yang menjalankan aktiviti perjudian membawa kepada penahanan 645 lelaki dan 346 wanita berusia antara 16 tahun sehingga 93 tahun.
Mereka menghadapi tuduhan termasuk pertaruhan, mempromosikan atau memudahkan pertaruhan, bertaruh dengan pembuat taruhan, mengendalikan perjudian dan pengubahan wang haram.
Polis turut merampas 43 komputer serta 443 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan sindiket pertaruhan secara haram. – AGENSI














