fbpx
Ahmad Zahid pada Program Gerakan Massa Masyarakat Desa (Gema@KKDW) Peringkat Negeri Sembilan di Felda Palong 8, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

PRN N. Sembilan: Jajaran politik baharu, jika BN, PN menang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan pembentukan jajaran politik baharu sekiranya gelombang biru yang bermula di Johor berjaya diterjemahkan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, keputusan PRN Negeri Sembilan bukan sahaja penting untuk menentukan pentadbiran negeri, malah bakal menjadi kayu ukur kepada hala tuju kerjasama BN dan PN bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Gelombang biru daripada Johor bertiup ke Negeri Sembilan. Mudah-mudahan semangat kejayaan di Johor itu akan turut dirasai di Negeri Sembilan. Mudah-mudahan ia akan menjadi satu jajaran baharu yang akan berlaku di Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Gerakan Massa Masyarakat Desa (Gema@KKDW) Peringkat Negeri Sembilan di Felda Palong 8, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, persefahaman antara BN dan PN pada PRN kali ini dibuat tanpa sebarang perjanjian rasmi, sebaliknya berasaskan kesepakatan untuk mengelakkan pertindihan calon.

Beliau berkata, sokongan pemimpin sahaja tidak mencukupi, sebaliknya kerjasama itu perlu diterjemahkan oleh jentera serta penyokong kedua-dua gabungan di peringkat akar umbi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN