fbpx
Kamarul Ridzuan (kiri), Mohd. Nazree dan Ahmad Shahir ketika Hari Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau, hari ini.

PRN Negeri Sembilan: Dulu rakan kampus di UM kini seteru politik di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Pernah menuntut dalam bidang hampir serupa dan bergerak bersama dalam gerakan mahasiswa, dua sahabat kini berentap sebagai lawan politik dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah, Ahmad Shahir Mohd. Shah bakal berdepan rakan sepengajiannya di Universiti Malaya (UM), Mohd. Nazree Mohd. Yunus yang mewakili Bersatu.

Pertandingan tiga penjuru itu turut melibatkan penyandang DUN Paroi, Kamarul Ridzuan Mohd. Zin daripada PN.

Ahmad Shahir berkata, beliau terkejut apabila nama Nazree diumumkan sebagai calon Bersatu kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak melanjutkan pengajian di UM.

“Kami mengambil bidang pengajian yang hampir sama, iaitu sains gunaan dengan pengajian Islam. Beliau mengkhususkan dalam bidang bioteknologi, manakala saya dalam bidang genetik dan biologi molekul,” katanya.

Menurut Ahmad Shahir, mereka turut aktif dalam gerakan mahasiswa dan pernah membawa aspirasi yang sama ketika menuntut di UM dengan Nazree pernah memenangi pemilihan sebagai wakil Fakulti Akademi Pengajian Islam sebelum dirinya.

Mengulas pencalonannya, Ahmad Shahir berkata, percubaan pertama dalam pilihan raya itu sememangnya mendebarkan kerana beliau memikul amanah besar daripada parti untuk merampas kembali kerusi DUN Paroi.

“Memang mendebarkan kerana ini kali pertama saya bertanding. Kita memikul amanah berat daripada parti dengan misi untuk mengambil kembali DUN Paroi.

“Paroi merupakan DUN yang sangat besar dengan kira-kira 65,000 pengundi. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Kita perlu menawarkan sesuatu yang dilihat relevan dengan keadaan dan keperluan rakyat pada hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN