fbpx
Muhyiddin (tengah) bersama calon Bersatu pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Aminah Hamid Event Hall di Nilai, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

[VIDEO] PRN N. Sembilan: Bersatu umum 24 calon, catat sejarah guna logo sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Beliau turut mengesahkan kesemua calon Bersatu akan menggunakan logo parti sendiri.

Muhyiddin berkata, penyertaan Bersatu menggunakan lambang parti sendiri itu merupakan satu detik bersejarah sejak penubuhannya kira-kira 10 tahun lalu.

“Ini satu detik bersejarah bagi Bersatu. Selepas 10 tahun ditubuhkan, inilah kali pertama kita bertanding dalam PRN Negeri Sembilan menggunakan logo Bersatu.

“Kita sudah sampai ke tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Sebagai sebuah parti, pencapaian ini tidak kita duga dan Bersatu kini diiktiraf sebagai parti yang amat berpengaruh dalam politik negara,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN