fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

Pendidik perlu jadi tauladan, bukan sekadar menyampai ilmu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bakal guru dan pemimpin masa depan supaya tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian sendiri.

Sebaliknya kata beliau, semua bakal pendidik perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri demi melahirkan generasi yang lebih berkualiti.

Beliau berkata, asas kepimpinan yang baik bermula dengan sikap sentiasa mahu menambah ilmu dan mempertingkatkan mutu kerja berlandaskan semangat itqan fil ‘amal, iaitu menyempurnakan setiap amanah dan tugas sebaik mungkin.

“Seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi perlu menjadi teladan yang sentiasa bersedia untuk belajar, menerima perubahan dan meningkatkan kualiti diri,” katanya di laman Facebook.

Terdahulu, Anwar telah mengadakan sesi dialog Temu Anwar Bersama Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik Nilai, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, dunia kini berkembang pesat dengan kemajuan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga yang memerlukan guru serta bakal pemimpin berani melakukan inovasi.

Katanya, golongan itu perlu menguasai kemahiran baharu dan menyesuaikan kaedah pedagogi dengan keperluan semasa agar kekal relevan.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa generasi muda memiliki potensi besar untuk memimpin perubahan negara.

Bagaimanapun, katanya, potensi tersebut hanya dapat direalisasikan menerusi penguasaan ilmu dan kemahiran, kerjasama erat dengan industri serta semangat yang tidak pernah luntur untuk terus mengejar kecemerlangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN