fbpx
AJL40 menyaksikan gandingan penyanyi, komposer lama dan baharu yang akan bertanding merebut gelaran juara AJL40 pada 15 Ogos depan di Unifi Arena, Bukit Jalil. – AMIR KHALID

‘AJL edisi ke-40 akan jadi extra special’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TINGGAL sebulan sahaja lagi sebelum acara hiburan yang paling dinantikan iaitu Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Debaran kian terasa khususnya buat 10 finalis yang bertanding pada tahun ini bagi merebut gelaran juara. 10 finalis yang bakal berentap untuk edisi kali ini adalah Dayang Nurfaizah (Lemah), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa), Aina Abdul (Kamu), Hazama (Semacam Pandora), K.O.I (Tiwikarma), Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), Amir Masdi (Nur Cinta), Reynald Guntabid (Lumangad Oku Dika), Aisha Retno (Tak Adil), dan Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam Musik (Ke Mana Ni).

Sempena ulang tahun ke-40, pihak produksi sendiri optimis untuk memberikan yang terbaik buat peminat setia AJL.

Pelbagai perancangan dirangka pada malam berprestij itu nanti untuk memastikan AJL edisi ini menjadi antara edisi yang paling istimewa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima serta Primeworks Studios, Nini Yusof, AJL kekal relevan biarpun sudah memasuki empat dekad penganjurannya merentasi zaman.

“AJL memberi peluang kepada artis-artis yang bertanding untuk menyerlah kreativiti membuat persembahan terbaik.

“Magisnya AJL apabila ramai yang ternanti-nanti untuk melihat persembahan finalis sama ada di stadium (arena) mahupun di rumah.

“Lagu yang kita dengar menerusi radio mahupun platform digital dipersembahkan secara langsung dengan susunan muzik yang gah dan visual yang menakjubkan.

“Apa yang paling istimewa untuk edisi ke-40 ini kita berjaya mendapatkan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik. 10 finalis ini mendapat sentuhan daripada Aubrey. Ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Kejutan

Tambahnya, pihak produksi juga sudah merangka pelbagai kejutan antaranya pemilihan artis untuk segmen pembukaan dan penutup.

“Kita tak boleh dedahkan siapa mereka. Tetapi hasil perbincangan dengan Aubrey, segmen pembukaan AJL40 akan menjadi ‘extra special’. Pendekatan yang diberikan sangat menarik.

“Saya rasa penonton akan hargai apa yang bakal kita tampilkan nanti kerana persembahan tersebut menggambarkan AJL selama empat dekad,” jelasnya.

Sementara itu, peserta ‘senior’, Dayang Nurfaizah mengakui, biarpun sudah berkali-kali beraksi di pentas AJL, dia tetap berasakan debaran setiap kali bertanding.

“Saya banyak belajar juga dengan yang baharu. Mereka buat persembahan seperti tiada hari esok. Mereka letakkan sepenuh jiwa dan raga.

“Kalau saya mungkin sejenis yang ringkas dalam membuat persembahan. Tetapi mereka all out. Terfikir apa kelainan yang saya nak sampaikan dalam persembahan saya,” katanya yang mempertaruhkan lagu ciptaan Hael Husaini.

Biarpun sudah pernah bergelar juara serta memenangi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik, Aina Abdul tetap komited ingin berikan persembahan berskala mega menerusi lagu Kamu.

“Lagu Kamu agak berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Sebelum ini saya pertaruhkan lagu balada. Kali ini bernuansa pop R&B.

“Untuk persembahan pentas, kita masih akan tampilkan persembahan yang mega. Saya mahu cabaran diri saya untuk berikan mega yang berbeza. Peminat saya sangat bijak. Mereka sentiasa mahu saya berikan sesuatu yang berbeza dan all out. Itu yang saya tengah usahakan,” kongsinya.

AJL40 turut menyaksikan hos edisi terdahulu iaitu Nas Rahman dan Sissy Iman kembali mengemudi rancangan yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan platform penstriman, Tonton pada 15 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN