fbpx
Infografik ihsan MFL

Liga Super: Kelantan Red Warrior sah ganti PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC (KRW) dinaikkan pangkat beraksi dalam saingan Liga Super 2026/27 selepas PDRM FC sah menarik diri.

MFL menerusi satu kenyataan berkata, KRW yang menduduki tangga ke-4 Liga A1 musim lalu itu sebelum ini telah melengkapkan segala dokumen bagi kriteria kewangan untuk dipromosikan ke Liga Super.

“Kelab yang berpangkalan di Kota Bharu itu dilihat lebih bersedia berbanding UM Damansara United FC (ke-6 Liga A1) dan Bunga Raya FC (ke-12 Liga A1) yang turut mengemukakan permohonan selepas mendapat Lesen Kebangsaan Luar Biasa daripada FIB.

“Bagaimanapun, satu lagi kelab Liga A1, Armed Forces FC tidak memohon untuk bertanding dalam Liga Super 2026-2027.,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, MFL selaku pengelola Liga Malaysia turut mengesahkan The Cops telah menghantar surat rasmi penarikan diri kepada MFL semalam dengan mengambil kira faktor mahu memberi fokus kepada penstrukturan semula pengurusan kelab.

Kehadiran Kelantan Red Warrior FC menggantikan PDRM FC melengkapkan jumlah 12 kelab yang akan bertanding bagi Liga Super 2026/27 yang dijangka bermula pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN