fbpx
Seorang suspek skandal penipuan markah peperiksaan kemasukan kakitangan awam Thai tiba di Mahkamah Jenayah Pusat, Bangkok semalam. - Bangkok Post

5,000 calon menipu dalam peperiksaan pengambilan kakitangan awam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Semua suspek utama dalam skandal penipuan peperiksaan perkhidmatan awam Thailand telah ditahan, dengan beberapa pegawai kerajaan yang didapati bersekongkol akan didakwa, manakala calon yang menipu akan dipecat, lapor akhbar Bangkok Post. 

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, tiga suspek utama skandal penipuan keputusan peperiksaan kemasukan perkhidmatan awam kini ditahan. 

“Pasukan penyiasat sedang mengumpulkan bukti bagi melengkapkan kertas siasatan dan kebenaran berhubung kes tersebut akan didedahkan kepada umum,” kata Anutin. 

Kenyataan itu dibuat susulan penahanan Penasihat Pengarah Pejabat Promosi dan Latihan Universiti Kasetsart, WinThanaphatcharaphokin, adik perempuannya, Sataporn Thanaphatcharaphokin serta bekas Pengarah Bahagian Strategi dan Belanjawan Perbandaran Wichian Buri, Pichit Thangphrom. 

Anutin yang juga Menteri Dalam Negeri, menyelia Jabatan Pentadbiran Tempatan (DLA) yang menjadi pusat skandal tersebut.

Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat, Leftenan Jeneral (Polis) Nathasak Chaonasai berkata, ketiga-tiga suspek didakwa mengaturkan 11 penjawat awam untuk mengubah markah beribu-ribu calon peperiksaan di kediaman Pichit, wilayah Nonthaburi.

“Kesemua 11 pegawai ini  akan berdepan tiga pertuduhan sama seperti yang dikenakan ke atas tiga suspek utama pada minggu hadapan termasuk perhimpunan haram, pemalsuan dokumen dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer kerajaan,” katanya.

Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Unsit Sampuntharat pula berkata, siasatan mendapati terdapat penyelewengan dalam markah peperiksaan melibatkan kira-kira 5,000 daripada 15,000 kakitangan awam baharu yang diambil bekerja tahun ini. 

“Mereka berkemungkinan hilang pekerjaan. Setiap individu yang didapati terlibat dalam penipuan peperiksaan akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN