fbpx
SZE FEI (kiri) dan Izzuddin dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Jepun. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Jepun: DinFei ‘cemas’ sebelum pamer kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hampir berdepan kejutan pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi, bekas gandingan No.1 dunia itu menang straight-set 22-20, 21-18 ke atas beregu China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi.

Menggalas status sebagai pilihan kelima kejohanan, pasangan yang diberi gelaran DinFei itu hampir kecundang di set pertama apabila ketinggalan 18-20 sebelum bangkit mencatat kemenangan 22-20.

Bersambung set kedua, beregu No.6 dunia itu tampil dengan aksi lebih kemas apabila menguasai sebahagian besar permainan selain mendahului dengan perbezaan mata cukup besar 15-10.

Ke Yuan-Xiang Yi cuba untuk kembali merapatkan kedudukan dengan mengutip beberapa mata, namun Sze Fei-Izzuddin berjaya mengekalkan fokus sebelum menang 21-18 dan mara ke pusingan kedua.

Menjelang pusingan kedua Khamis nanti, Sze Fei-Izzuddin akan bertemu sama ada beregu Jepun, Keiichiro Matsui-Kenya Mitsuhashi ataupun Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Sementara itu, beregu wanita muda negara, Carmen Ting-Ong Xin Yee gagal untuk meneruskan kemaraan selepas tewas 12-21, 18-21 kepada wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN