fbpx
Mohamed Khaled (kiri) menyerahkan cendermata kenangan kepada Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur semalam.

Malaysia-Thailand perkukuh keselamatan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUBUNGAN pertahanan Malaysia dan Thailand terus diperkukuh menerusi komitmen erat kedua-dua negara dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan seran­tau, di samping memperkukuh usa­ha mempromosikan keamanan, ke­­stabilan dan kemakmuran di se­luruh Asia Tenggara.

Ketegasan oleh kedua-dua ne­ga­ra dizahirkan semasa Menteri Per­tahanan, Datuk Seri Mohamed Kha­led Nordin menerima lawatan pengenalan daripada Menteri Pertahanan Kerajaan Thailand, Lef­tenan Jeneral Adul Boonthumjaroen di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Khaled berkata, pertemuan dan perbincangan secara bilateral dilakukan kerana Thailand merupakan satu daripada negara jiran yang mempunyai hubungan rapat dan akrab lebih-lebih dari sudut pertahanan, selain negara anggota ASEAN.

“Kita berbincang perkara-perkara yang menjadi perhatian bersama untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama dalam bidang pertahanan antara kedua-dua negara.

“Antara dibangkitkan ialah me­morandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Thailand dapat ditandatangani dalam tahun ini dan kedua-dua negara bersetuju untuk menyegerakan MoU ini untuk di­ting­katkan kerjasama sektor perta­hanan,” jelasnya.

Beliau berkata, perkara lain turut diberi penekanan ialah kerjasama dalam membangunkan industri tempatan, selain mengawas dan mengawal sempadan antara kedua-dua negara melalui jawatankuasa sempadan bersama Malaysia-Thailand.

“Kita bincang soal kerjasama mengawas sempadan antara dua negara yang dilakukan melalui jawatankuasa sempadan bersama Malaysia-Thailand.

“Ia merupakan tanggungjawab sejak 1978 untuk memastikan sempadan selamat daripada kegiatan yang boleh memudaratkan kedua-dua negara seperti penyeludupan dan kemasukan haram,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, Malaysia menjadi tuan rumah bagi Ge­neral Border Committee Mee­ting Malaysia-Thailand ke-57 pada tahun ini dengan pelbagai perkara berhubung keselamatan sempadan dan operasi antara kedua-dua ne­gara akan dibincangkan.

“Soal untuk menjayakan pembangunan sosioekonomi dan soal untuk mengkoordinasi pengurusan bencana di kawasan sempadan, kita telah bincangkan dan akan terus dibincangkan dalam mesyuarat ini yang diadakan menjelang akhir tahun ini.

“Kita juga mengalu-alukan ­pe­nyertaan Thailand setiap masa dalam program kerjasama pertahanan Malaysia yang mana kita berikan tempat kepada pegawai-pegawai tentera Thailand untuk mengikuti pelbagai program dan kursus di bawah Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP),” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan pelantikan Thanut Suvarnananda sebagai Ketua Dialog Keamanan Selatan Thailand dalam usaha memastikan keamanan dan kestabilan di kawasan berkenaan.

“Kita akan beri segala kerjasama kepada pihak ketua dialog supaya dapat mencapai matlamat seperti diharapkan. Kita menyokong usaha supaya kawasan Selatan Thailand dalam keadaan amat dan stabil,” katanya.

Jelas beliau, perkara lain turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah Mesyuarat Men­teri-Menteri Pertahanan ASEAN dan mesyarat Menteri-Menteri Perta­hanan ASEAN Plus di Filipina. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN