fbpx
Hebahan mengenai kehilangan seorang remaja dikenali Muhammad Nasrulhaq.

Remaja 15 tahun ‘hilang’ selepas pulang jumpa rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Keluarga seorang pelajar tingkatan tiga merayu bantuan orang ramai untuk mengesan remaja tersebut yang dilaporkan hilang sejak selepas keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha pada Sabtu lalu.

​Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah kira-kira pukul 11 malam dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah hitam dengan nombor pendaftaran JVR 4139.

​Ibu saudaranya, Nooranaliza Abd Jalil, 43, berkata, ahli keluarga amat bimbang akan keselamatan remaja berkenaan memandangkan panggilan video terakhirnya bersama seorang rakan perempuan terputus secara tiba-tiba.

​”Kali terakhir dia dapat dihubungi adalah menerusi panggilan video pada pukul 4.26 pagi, hari Ahad. Rakan perempuannya sempat merakam detik tersebut di mana telefon bimbit Nasrulhaq kelihatan seperti terjatuh.

​”Rakan itu juga ada memaklumkan yang Nasrulhaq mengadu mengantuk sebelum bertolak pulang dari Petri Jaya ke Felda Simpang Waha.

“Kami bimbang dia terlibat dalam kemalangan atau terjatuh di mana-mana sepanjang laluan pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu pada 13 Julai lebih kurang 3.26 pagi.

“Mangsa dikatakan telah pergi ke rumah rakannya di Kampung Temenin Baru. Pada 12 Julai lebih kurang 4 pagi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa disyaki telah terbabas di Jalan Kota Tinggi-Kluang dan tidak dapat dikesan sehingga laporan polis dibuat,” katanya.

​Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan orang hilang ini agar tampil menyalurkan maklumat di mana – mana balai polis berdekatan atau melalui hotline polis IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN