fbpx
Anwar.

Belum masa bubarkan Parlimen, utamakan kestabilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan masih mempunyai mandat untuk mentadbir negara dan belum tiba masanya untuk Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik serta pertumbuhan ekonomi terus dipertahankan dalam keadaan dunia berdepan ketidaktentuan.

Menurutnya, rakyat juga mahu kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi dan bukannya terus berpolitik sepanjang masa.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu ekonomi berkembang dan rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa.

“Bagilah masa, kita ada mandat. Sampai pilihan raya, bertempurlah pula,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sama ada kerajaan bercadang membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu dalam masa yang terdekat.

Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu yakin dengan kedudukan politik masing-masing kerana keputusan akhirnya terletak di tangan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN