fbpx
XIAOMI Smart Pet Fountain 2 menyediakan air bersih yang penting bagi kegunaan seekor kucing dewasa bagi tempoh tujuh hari.

Peranti pintar mudahkan beri makan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJAGA pemakanan haiwan peliharaan bukan sekadar memastikan bekas makanan sentiasa berisi tetapi turut memerlukan perhatian terhadap jadual yang konsisten serta bekalan air minuman bersih setiap hari.

Perkara tersebut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan bagi membantu sistem penghadaman haiwan peliharaan dan memastikan si bulus sihat, aktif dan bertenaga.

Bagi melancarkan proses pemantauan, penggunaan peranti pintar bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan makanan haiwan peliharaan, malah menjimatkan masa dan memudahkan rutin penjagaan harian.

Peranti seperti Xiaomi Smart Pet Food Feeder 2 dan Xiaomi Smart Pet Fountain 2 direka untuk membantu pemilik mengurus pemberian makanan dan bekalan air secara lebih sistematik terutama ketika pemilik sibuk bekerja atau berada di luar rumah.

Kedua-dua peranti ekosistem pintar ini direka khas untuk pemilik haiwan peliharaan moden yang sibuk tetapi mahu memastikan kebajikan pemakanan dan penghidratan sentiasa berada pada tahap optimum.

Kombinasi gajet pintar ini menawarkan penyelesaian automasi yang komprehensif dan boleh dipantau sepenuhnya dari jarak jauh menggunakan satu aplikasi iaitu Mi Home.

Bagi siri Xiaomi Smart Pet Food Feeder 2 hadir dengan pelbagai peningkatan reka bentuk yang lebih praktikal berbanding generasi terdahulu.

Menampilkan bekas storan kalis udara berkapasiti 5 liter, peranti ini mampu menyimpan bekalan makanan kering yang mencukupi sehingga 30 hari untuk seekor kucing dewasa.

Kelebihan peranti ini adalah ia mempunyai mekanisme putaran yang telah dipertingkat bagi mengelakkan masalah palet makanan daripada tersumbat dan menyukarkan haiwan untuk makan.

Paparan skrin LED pintar pada bahagian hadapan membolehkan pemilik melihat status baki makanan semasa dan berat hidangan secara langsung.

Xiaomi Smart Pet Food Feeder membolehkan pemilik haiwan peliharaan yang sibuk menyediakan makanan secara teratur kepada si manja.

Melalui aplikasi Mi Home, pengguna boleh menetapkan jadual waktu makan dengan tetapan keperluan diet yang secara tidak langsung membantu dalam mengawal berat badan dan mencegah masalah obesiti haiwan kesayangan.

Bagi mengekalkan kualiti makanan, penutup peranti dilengkapi dengan gel silikon dan beg bahan pengering silika supaya kibble sentiasa rangup, segar dan bebas daripada ancaman serangga kecil.

Sementara itu, penghidratan yang mencukupi menjadi aspek kritikal bagi mencegah penyakit batu karang atau buah pinggang dalam kalangan haiwan peliharaan.

Salah satu cara memastikan haiwan peliharaan kekal hidrat juga adalah menerusi penggunaan peranti Xiaomi Smart Pet Fountain 2 yang memainkan peranan penting dengan menyediakan simulasi aliran air seumpama mata air semula jadi yang sentiasa mengalir.

Peranti ini dilengkapi dengan sistem penapisan sebanyak empat peringkat berfungsi secara efektif untuk menapis bulu, habuk, sisa makanan serta menyingkirkan klorin dan ion logam berat yang berbahaya.

Dengan kapasiti takungan sebesar 3 liter, ia mampu membekalkan air bersih yang mencukupi untuk seekor kucing dewasa bagi tempoh melebihi tujuh hari.

Model ini juga menggunakan pam air tanpa wayar (wireless pump) yang merupakan ciri keselamatan penting berfungsi untuk mengasingkan komponen elektrik daripada takungan air secara menyeluruh untuk menghapuskan risiko litar pintas atau kebocoran arus elektrik.

Sifat operasinya yang ultrasenyap di bawah paras 30 desibel memastikan persekitaran rumah kekal tenang tanpa gangguan bunyi bising terutama pada waktu malam.

Oleh itu secara kesimpulan, gandingan Xiaomi Smart Pet Food Feeder 2 dan Xiaomi Smart Pet Fountain 2 merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi untuk semua pemilik haiwan peliharaan.

Bukan sahaja memberikan ketenangan terutama ketika meninggalkan rumah untuk bekerja atau bercuti tetapi ia berjaya membentuk tabiat pemakanan dan minuman yang jauh lebih sihat untuk haiwa peliharaan.

Kedua-dua produk ini boleh didapati secara fizikal atau dalam talian di mi.com Malaysia sekitar harga RM179 hingga RM499.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN