fbpx
Gambar hiasan

‘Influencer’ direman rogol, rakam gambar remaja 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang pempengaruh ditahan selepas dipercayai merogol dan merakam gambar pornografi remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah sewa di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan semalam dan suspek yang berusia 23 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 17 Jun lalu selepas suspek menjemput mangsa di rumah di Kaki Bukit pada pukul 12 tengah malam dengan menaiki kereta jenis Proton Saga.

“Suspek kemudian membawa mangsa makan di sebuah restoran sebelum membawa remaja itu ke rumah sewanya. Kejadian rogol itu didakwa berlaku di rumah tersebut sebelum suspek menghantar mangsa pulang ke rumah,” ujarnya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur didakwa merogol dan merakam gambar remaja terbabit semasa kejadian.

“Mangsa yang masih bersekolah akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini untuk menjalani pemeriksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN