fbpx
Anthony menunjukkan kenyataan Tan Sri Annuar Musa dalam media sosial Facebook pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Harapan DUN Temiang di Seremban, hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

DAP mula jadi sasaran di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pihak lawan dijangka akan terus menjadikan DAP sebagai sasaran untuk memainkan naratif berunsur perkauman sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan bermula 18 Julai ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelbagai naratif negatif terhadap DAP akan terus dimainkan pihak lawan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap parti yang dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kali ini.

“Apa lagi modal pihak lawan yang paling berkesan, selain menyalahkan DAP dengan mengatakan apa sahaja isu yang berlaku di Negeri Sembilan, semuanya salah DAP.

“Sebenarnya kempen seumpama itu sudah bermula, kita sudah dengar kerana kita pun ada pengintip-pengintip untuk melihat apa yang mereka buat. Jangkaan bahawa naratif yang akan dipermainkan semua salah DAP,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang di sini hari ini.

Anthony yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, Perikatan Nasional (PN) terutama Pas dilihat sudah mula memainkan naratif tersebut bagi memastikan DAP dan PH kalah dalam pilihan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN