JOHOR BAHRU – Hasrat calon termuda Pakatan Harapan (PH), Danish Hossman Abd. Rahman, untuk mencipta kejutan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama tidak kesampaian apabila tewas kepada penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Norlizah Noh, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Norlizah berjaya mempertahankan kerusi itu selepas meraih 18,867 undi, sekali gus menewaskan Danish yang memperoleh 2,687 undi serta calon Perikatan Nasional (PN), Aisah Esa, yang mendapat 2,076 undi.
Kemenangan itu menyaksikan Norlizah mempertahankan DUN Johor Lama dengan majoriti 16,180 undi, sekali gus membuktikan kubu kuat BN di kawasan berkenaan kekal utuh.
Walaupun tampil sebagai calon termuda PH pada PRN Johor kali ini, Danish gagal memecahkan dominasi BN di Johor Lama yang terus mendapat sokongan padu pengundi. – KOSMO! ONLINE















