fbpx
RAHMAD selepas menziarahi empat mangsa yang menerima rawatan di Hospital Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Dua pelajar nahas bersama guru dirawat di CCU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Dua daripada empat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai kejohanan ping pong kini menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Melaka, manakala dua lagi ditempatkan di wad biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, mangsa yang dirawat di CCU adalah dua pelajar dengan salah seorang daripadanya masih ditidurkan bagi membolehkan rawatan rapi diberikan.

Menurut beliau, dua lagi mangsa termasuk guru pengiring berada di wad biasa dan berada dalam keadaan stabil.

“Keadaan dua mangsa di zon kuning stabil, manakala dua lagi pelajar di CCU dengan seorang sedar dan seorang lagi masih ditidurkan.

“Pihak Hospital Melaka sedang memberikan rawatan terbaik kepada keempat-empat mangsa dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera sembuh serta dapat kembali meneruskan persekolahan seperti biasa,” katanya selepas menziarahi empat mangsa yang menerima rawatan di Hospital Melaka, hari ini.

Mengulas mengenai kejadian itu, beliau berkata, hasil semakan mendapati semua prosedur membawa pelajar menyertai kejohanan di luar sekolah telah dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap mangsa bagi meringankan beban keluarga.

Kosmo! semalam melaporkan perjalanan pulang seorang guru bersama tiga pelajar selepas menyertai kejohanan ping pong bertukar tragedi apabila Proton Saga dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Solok Duku, Alor Gajah kira-kira pukul 3.30 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN