fbpx
VIKNES mengakui mula tertarik untuk membikin sebuah filem berbahasa Melayu hasil keakrabannya dengan dua sahabat yang kerap bercerita tentang keindahan surah-surah dalam al-Quran. – SHIDDIQIEN ZONE

The Keris ditonton 100 kali sebelum tayang di pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDUSTRI perfileman tempatan kini sering mempertontonkan karya-karya aksi yang sememangnya mendapat tempat di hati peminat. 

Namun, naskhah yang mengetengahkan nilai sejarah, identiti budaya dan perjuangan kurang dipaparkan. 

Cuba mengisi kekosongan, The Keris hadir mempertaruhkan gabungan elemen warisan, aksi, dan drama dengan misi besar untuk mendekatkan generasi muda dengan ketokohan sejarah lampau.

Pengarahnya, Viknes Perrabu berkata, idea membikin sebuah filem Melayu tercetus daripada keakraban bersama sahabat karibnya yang banyak mendedahkannya kepada keindahan ayat suci al-Quran.

“Pertama sekali, kawan karib saya ada dua orang iaitu Nazri dan Helmi. Kami selalu bermain bola bersama-sama dan saya masih ingat mereka ajar saya surah. 

“Surah pertama adalah surah al-Alaq, ayat satu sampai lima yang memberitahu umat Islam kalau nak tingkatkan diri perlu menuntut ilmu. 

“Itu membuatkan saya mahu belajar lebih lagi mengenai budaya Melayu. 

“Kalau ada kekurangan dari segi bahasa, konsep atau agama saya akan menambah baik kelak,” katanya. 

Biasa mengemudi naskhah dalam industri filem Tamil, Viknes yang mesra disapa sebagai VP mengakui peralihan ke naskhah Melayu memberikan cabaran tersendiri, terutamanya daripada aspek komunikasi bersama kru dan barisan pelakon.

“Selama ini saya biasa bekerja dalam persekitaran filem Tamil dan memberi penerangan dalam bahasa Tamil.

“Untuk The Keris, komunikasi dalam bahasa Melayu sedikit mencabar terutama ketika memberi arahan atau penjelasan kepada pasukan produksi dan pelakon,” jelasnya. 

Demi memastikan kualiti filem The Keris berada pada tahap memuaskan, Viknes sanggup meluangkan masa meneliti dan menyunting naskhah berkenaan berulang-ulang kali.

“Sebenarnya saya dah tengok filem ini lebih daripada 100 kali. Pertama kali naskhah ini dua jam 35 minit. 

“Jadi saya potong 25 minit daripada itu dan banyak penambahbaikan dari segi suntingan, warna, bahagian teknikal dan lakonan semua. 

“Apa yang dapat tengok hari ini dianggap versi yang bagus. Kalau nak saya improvisasi, saya akan lakukan sebab saya perlu belajar lebih lagi mengenai budaya Melayu dan Islam,” luahnya. 

Disoal mengenai pemilihan teraju utama, VP mengambil pendekatan berani dengan mempertaruhkan muka baharu iaitu Syazlie Syazz yang disifatkan mempunyai potensi besar. 

“Nama-nama besar dalam industri pada awal dulu pun seorang beginner (pemula). 

“Saya memang nak kenalkan Shahz. Dia seorang stuntman yang bagus dan boleh membawa pelbagai emosi. 

“Dia juga sanggup ke Kedah bersama isterinya dan cakap kalau saya bagi peluang, dia akan buat sehabis baik,” tutupnya. 

The Keris mengisahkan lelaki bernama Samuel yang mempunyai visi untuk mendapatkan Keris Tempa Melaka milik Hang Tuah. 

Samuel mencadangkan kepada Mafia Rusia iaitu John Marverick agar menghantar anaknya John Vickey menyertai sebuah kejohanan seni mempertahankan diri. 

Naskhah terbitan Mathe’s Profduction House Sdn. Bhd. yang mula ditayangkan di pawagam 2 Julai lalu dibintangi Syazlie Syazz, Abbey Abimbola, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan.

 

 

 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN