fbpx
Pengurusan kanan Evotooth Platinum meraikan kejayaan mereka setelah mendapat anugerah daripada The Asia Records baru-baru ini.

Inovatif Evotooth Platinum dapat pengiktirafan The Asia Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – The Asia Records telah mengiktiraf Pengasas Evotooth Platinum Sdb Bhd. (Evotooth Platinum), Dr Martin Ong  atas pencapaian tiga mercu tanda penting dalam inovasi penjagaan kesihatan mulut, sekali gus ini bakal memperkukuhkan kedudukan negara sebagai penyumbang kepada kemajuan saintifik dan pergigian bertaraf dunia.

Anugerah yang diterima syarikat daripada The Asia Records adalah untuk kategori  Buih Memberus Gigi Tanpa Fluorida Pertama di Dunia yang Direka Khas untuk Gigi Sensitif, Salutan Berasaskan Protein Pelindung Enamel Gigi Dipatenkan yang Pertama di Dunia dan Tahap Kelicikan Permukaan Gigi Tertinggi Selepas Memberus.

Ong berkata, pencapaian ini mencerminkan  komitmen syarikat untuk memajukan penjagaan kesihatan mulut melalui inovasi, penyelidikan, dan penyelesaian berasaskan sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup serta mempromosikan senyuman yang lebih sihat di seluruh dunia.

“Pengiktirafan oleh The Asia Records ini menjadi bukti kepada kesungguhan tidak berbelah bahagi Evotooth terhadap inovasi, kecemerlangan saintifik, dan kemajuan teknologi penjagaan kesihatan mulut.

“Dengan melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan produk, syarikat tersebut telah membuktikan keupayaannya untuk mencipta penyelesaian berimpak tinggi yang mampu memberi kesan bermakna kepada pengguna di seluruh dunia.

“Pencapaian perintis ini merupakan satu kejayaan besar dalam penjagaan kesihatan mulut pencegahan, dengan memperkenalkan penyelesaian inovatif yang direka untuk meningkatkan perlindungan gigi, menambah baik keberkesanan kebersihan mulut, serta menyediakan alternatif yang lebih selamat untuk individu yang mengalami masalah gigi sensitive,” katanya dalam kenyataan.

Di bawah pimpinan Ong, Evotooth Platinum  telah memperuntukkan masa bertahun-tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi mentakrifkan semula penjagaan mulut konvensional.

Melalui pendekatan berasaskan sains, syarikat berkenaan berjaya membangunkan teknologi proprietari yang memfokuskan kepada usaha menguat dan melindungi enamel gigi, di samping meningkatkan pengalaman memberus gigi secara keseluruhan.

Antara inovasi terkemuka syarikat adalah buih memberus gigi tanpa fluorida pertama di dunia yang direka khas untuk gigi sensitif, sekali gus menawarkan penyelesaian penjagaan mulut alternatif kepada pengguna tanpa menjejaskan keberkesanannya.

Melengkapi kejayaan ini adalah pembangunan teknologi salutan berasaskan protein pelindung yang dipatenkan, yang berfungsi mencipta lapisan pertahanan tambahan pada enamel gigi bagi membantu menggalakkan kesihatan mulut jangka panjang.

Bagi membuktikan lagi keberkesanan inovasinya, Evotooth Platinum berjaya mencatatkan rekod kelicikan permukaan gigi tertinggi selepas memberus dan pencapaian ini menonjolkan komitmen syarikat dalam menggabungkan penyelidikan saintifik dengan manfaat ketara yang boleh dirasai oleh pengguna. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN