fbpx
Mohd. Khaidzir (tengah) bersama jemputan yang hadir pada majlis di Shah Alam. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

5,000 keluarga bebas status asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 5,000 keluarga berjaya keluar daripada kategori asnaf fakir dan miskin hasil pelbagai program pemerkasaan ekonomi serta bantuan berterusan yang dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Khaidzir Shahari berkata, kejayaan itu direkodkan dalam kalangan kira-kira 70,000 hingga 80,000 asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan LZS sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan pendekatan dilaksanakan LZS dalam membantu sebahagian penerima bantuan keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Pada tahun lalu, kira-kira 70,000 hingga 80,000 asnaf fakir dan miskin menerima bantuan daripada LZS. Apa yang penting adalah menyantuni seramai mungkin golongan untuk memastikan semua mendapat bantuan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Majikan dan Ejen Kutipan Zakat Selangor di sini, hari ini.

Mohd. Khaidzir berkata, LZS sentiasa komited dalam menunaikan tanggungjawab selaras dengan mandat diberikan untuk membantu seramai mungkin golongan fakir dan miskin di Selangor.

Menurutnya, usaha menjejaki individu yang baharu tergolong sebagai asnaf fakir dan miskin juga akan diteruskan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan.

“Saya yakin semua fakir dan miskin yang dikenal pasti di Selangor sudah disantuni melalui pelbagai program yang dianjurkan LZS. Sebelum memberikan bantuan, kita akan siasat untuk lihat punca seseorang individu itu menjadi asnaf contohnya individu itu miskin akibat muflis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN