fbpx
POKOK tumbang semasa Taufan Super Bavi membadai Pulau Guam semalam. – AFP

Puluhan ribu bergelap, taufan hampir 300 kilometer sejam hentam wilayah Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Berpuluh-puluh ribu orang terputus bekalan elektrik  di Pulau Guam dan Kepulauan Mariana Utara hari ini  selepas Taufan Super Bavi  melanda wilayah Amerika Syarikat (AS) tersebut di Lautan Pasifik.

Pulau Rota yang kecil paling teruk terjejas dibadai Taufan Bavi awal semalam  dengan kelajuan angin mencecah 290 kilometer  sejam, menumbangkan pokok dan tiang elektrik serta menyebabkan bekalan air terputus.

“Banyak rumah rosak teruk dengan bumbung yang tidak terkira banyaknya telah tercabut. Di seluruh pulau  tiada bekalan elektrik, tiada air mengalir  dan tiada rangkaian telefon bimbit.

“Banyak paip air pecah dan banyak tiang elektrik tumbang, menyebabkan seluruh pulau tanpa perkhidmatan penting,” kata penduduk tempatan, Masum Dhali, 24, kepada AFP melalui Facebook.

“Sehingga kini, masih tiada bekalan air dan elektrik,” kata  jurucakap Pusat Operasi Perbandaran di Pulau Rota, Lou Rosari pula semasa mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Saipan dan Tinian yang merupakan  dua pulau utama di Mariana Utara  juga terputus bekalan elektrik,  begitu juga sebahagian daripada Guam  yang terletak berdekatan.

Guam adalah wilayah AS berasingan yang menempatkan pangkalan tentera utama AS, kata pihak berkuasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN