fbpx
GAMBAR fail 6 November 2016 menunjukkan kapal pengawal pantai China meronda berdekatan pulau pertikaian bertindih, Kepulauan Senkaku di Laut China Timur. – AFP

Jepun usir kapal pengawal pantai China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Jepun mengusir dua kapal pengawal pantai China dari perairan berhampiran gugusan pulau pertikaian yang  turut dituntut  Beijing.

Kapal-kapal pengawal pantai China menghampiri kapal nelayan Jepun yang beroperasi di perairan itu, kata pengawal pantai Jepun.

Kedua-dua negara mempunyai pertikaian wilayah yang berlarutan mengenai Kepulauan Senkaku atau dipanggil  Diaoyu oleh  China  yang terletak di antara Taiwan dan wilayah  Okinawa, Jepun.

Kapal-kapal China kali terakhir memasuki perairan tuntutan bertindih itu pada 10 Jun lalu tetapi jarang sekali kapal pengawal pantai Beijing menghampiri bot nelayan Jepun.

“Pengawal pantai mengeluarkan arahan untuk beredar dan  berjaya memaksa kapal pengawal pantai China meninggalkan perairan wilayah Jepun kira-kira pukul 9.20 pagi (waktu tempatan) hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kapal-kapal pengawal pantai Tokyo itu ‘dikerahkan di sekitar kapal nelayan Jepun bagi memastikan keselamatannya’.

Terdapat empat kapal China  belayar di sekitar kawasan itu sebelum dua daripadanya memasuki perairan Jepun, kata kenyataan sama. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN