fbpx
PENGUNJUNG melawat premis permainan video Xbox semasa Minggu Permainan Video Paris pada 30 Oktober 2025. – AFP

Microsoft buang 4,800 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Microsoft menamatkan kira-kira 4,800 pekerjaan atau sekitar dua peratus  tenaga kerja globalnya, dalam langkah penjimatan melibatkan penstrukturan semula menyeluruh divisyen  permainan video  Xbox yang sedang bergelut.

Pemberhentian kakitangan tersebut membabitkan rombakan paling besar dalam sejarah Xbox, dengan kira-kira 3,200 pekerja akan disingkirkan sepanjang tahun fiskal akan datang, termasuk jawatan di empat studio yang sedang dipisahkan  atau dijual.

Pengumuman itu merupakan yang terbaru dalam siri pemberhentian pekerja besar-besaran oleh gergasi teknologi tersebut. Microsoft  sebaliknya berbelanja besar untuk kekal dalam persaingan teknologi kecerdasan buatan (AI), dengan syarikat melabur berpuluh-puluh  bilion dolar dalam pusat data AI dan kuasa pengkomputeran. 

Perniagaan kami berubah kerana dunia di sekelilingnya sedang berubah,”  kata Naib Presiden Microsoft,  Amy Coleman dalam memo kepada semua pekerja.

Coleman berkata, pemberhentian pekerja itu kebanyakannya berlaku dalam perniagaan komersial Microsoft dan Xbox.

Beliau berkata,  pekerja yang diberhentikan ‘tidak digantikan oleh AI’  tetapi mengakui bahawa automasi sedang membentuk semula cara kerja  di seluruh syarikat.

Di bahagian komersial, beliau berkata,  pengurangan pekerja itu berdasarkan usaha Microsoft bernilai AS$2.5 bilion (RM10.2 bilion) untuk menempatkan 6,000 jurutera dengan pelanggan utama bagi mempercepatkan penerimaan AI. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN