fbpx
MOHAMAD berucap ketika hadir di Bilik Gerakan PDM Lima Kedai, Iskandar Puteri malam tadi. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PRN Johor: Tak payah debat-debatlah, buat apa nak buang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tidak ada keperluan untuk mengadakan dialog antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Dr. Maszlee Malik.

Mohamad berkata, menyifatkan agenda yang dimainkan Pakatan Harapan (PH) yang mendesak debat itu dilakukan sebagai satu tindakan membuang masa ketika Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbaki empat hari lagi.

Katanya, adalah lebih baik semua calon-calon yang bertanding menumpukan kepada gerak kerja mendekati pengundi bagi meraih sokongan.

“Tak payah debat-debatlah, buat apa nak buang-buang masa berdebat-debat, kan?

“Buat kerja sajalah dan bagilah orang Johor buat keputusan. Dalam pada kita debat-debat, entah apa perkara yang kita cakap tak elok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lima Kedai, di sini malam tadi.

Menurut Mohamad, persiapan dan gerak kerja jentera BN tersusun setelah UMNO sebagai terasnya mempunyai jentera akar umbi yang kuat.

“Saya lihat gerak kerja disusun dengan teratur dan dilakukan dengan baik. Dan kita mempunyai beberapa hari saja lagi untuk kita menyantuni seramai mungkin pengundi untuk meyakinkan mereka untuk memberikan sokongan kepada BN, insya-Allah,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN