fbpx
Tangkap layar video tular lelaki China didakwa memarahi staf hotel berikutan ketiadaan bendera negaranya digantung bersama bendera negara yang menyertai Piala Dunia 2026.

[VIDEO] ‘Marah tiada bendera China, sekali rakyat Malaysia sekolahkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga China dikecam rakyat Malaysia selepas didakwa memarahi seorang kakitangan hotel berikutan ketiadaan bendera negaranya digantung dalam restoran premis tersebut.

Hantaran dimuat naik lelaki China itu tular di media sosial dan dia menunjukkan bendera pelbagai negara terdapat di restoran hotel tersebut, namun tiada bendera China diletakkan.

“Kalau anda nak duit daripada orang China, kenapa tidak letak bendera China. Hari ketiga di Malaysia kerana urusan bisnes dan pagi ini bersarapan di hotel.

“Saya nampak ada bendera-bendera di luar koridor, tanpa ada bendera China. Jadi saya panggil seseorang (staf hotel), kenapa tak ada bendera China,” katanya sambil memanggil seorang kakitangan wanita.

Lelaki tersebut kemudian bertanya dengan staf berkenaan selain didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

“Awak tahu, tiada China, tiada bendera China. Kalau anda mahu duit daripada orang-orang China. Tolong letak bendera China,” kata lelaki itu.

Video berkenaan dikongsikan rakyat Malaysia di media sosial selain mengecam lelaki China itu bahawa, bendera-bendera berkenaan melibatkan negara-negara yang menyertai perlawanan Piala Dunia 2026 sedangkan China tidak tersenarai sebagai peserta.

“Dia sedar tak bendera Malaysia pun tak ada kat situ,” komen Niniesharif.

“Itu bendera-bendera negara yang menyertai perlawanan World Cup,” kata Hwcmok.

“Memalukan China, dia kena disekolahkan dan diberi kesedaran,” komen Jsunamwong. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN