fbpx
Taylor Swift akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce dalam satu majlis 'private' mewah di Madison Square Garden, New York City.

‘Just T&T married’ – Taylor Swift akhirnya jadi isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS acapkali gagal dalam percintaan, penyanyi Taylor Swift akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce.

Mereka disatukan dalam sebuah majlis serba mewah di Madison Square Garden, New York City.

Difahamkan, pasangan itu memilih busana eksklusif rekaan Christian Dior Haute Couture yang direka khas Jonathan Anderson.

Sebaik sahaja diisytiharkan sebagai suami isteri, skrin gergasi di luar Madison Square memaparkan ucapan ‘JUST T&T MARRIED!’ sebagai meraikan detik bersejarah pasangan berkenaan.

Berbeza dengan kebiasaan, Taylor dan Travis tidak memilih pengiring pengantin perempuan atau lelaki.

Sebaliknya, abang Taylor iaitu Austin Swift bertindak sebagai Man of Honor, manakala abang Travis, Jason Kelce, menjadi Best Man.

Majlis perkahwinan mereka pula dikendalikan rakan baik pasangan itu iaitu Adam Sandler.

Majlis tersebut turut dihadiri ramai selebriti terkenal termasuk Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon dan Tommy Hilfiger.

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Taylor dan Travis terlebih dahulu mengadakan majlis makan malam bersama keluarga serta rakan-rakan rapat di Infosys Theatre sebagai pembuka tirai sambutan perkahwinan mereka.

Sebelum ini, Taylor dan Travis mula menjalin hubungan cinta pada September 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.

Pasangan tersebut kemudian dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN