JAKARTA – Aksi berani seorang kanak-kanak lelaki yang cuba menghalang bapanya daripada bertindak agresif ketika mengamuk tular dan meruntun hati netizen, lapor portal berita Lambe Turah.
Menerusi klip video yang tersebar luas baru-baru ini, kanak-kanak itu memeluk dan memegang erat kaki bapanya demi melindungi ibu serta adik perempuan daripada menjadi mangsa keadaan.
Video itu mencetuskan kekecohan dan mengundang pelbagai komen netizen.
“Budak lelaki ini nampak sangat takut tetapi dia tiada pilihan selain menghalang bapanya. Ini lokasi di mana ya? Rasa geram sangat nak lempang bapanya,” kata seorang netizen.
“Sedih saya melihat ekspresi wajahnya. Ini pasti bukan kali pertama dia terpaksa melakukan demikian,” kata netizen lain.
“Sepatutnya tidak lama selepas video ini dimuat naik, lelaki tersebut terus ditangkap polis,” tambah seorang lagi pengguna media sosial.- AGENSI














