fbpx
JERMAN terus berdepan badi apabila gagal mara ke pusingan 16 buat kali ketiga berturut-turut. - AFP

Piala Dunia 2026: Legenda dedah pincang Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Legenda Jerman, Lothar Matthaus mendakwa isu di luar padang serta perselisihan dalaman telah mengganggu fokus skuad Jerman sepanjang kempen Piala Dunia 2026 mereka.

Dalam satu temu bual, Matthaus mendedahkan kem latihan Jerman dibayangi pelbagai gangguan di luar padang yang melibatkan ahli keluarga pemain, sekali gus mewujudkan ketegangan yang tidak perlu dalam pasukan.

Menurut legenda bola sepak Jerman itu, perselisihan mula timbul berhubung urusan perjalanan ahli keluarga pemain apabila ada pemain yang dibenarkan membawa ahli keluarga tertentu menaiki pesawat rasmi pasukan.

Sementara, ada sebahagian ahli keluarga pemain lain terpaksa menggunakan penerbangan komersial sekali gus menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam bilik persalinan.

Beliau turut mempersoalkan keputusan membenarkan ahli keluarga menyertai pasukan terlalu awal sepanjang kejohanan, dengan menyatakan bahawa perkara itu telah mengalih perhatian pemain daripada fokus utama mereka, iaitu bola sepak.

“Akhirnya, berlaku banyak kekecohan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Fokus pasukan bukan lagi kepada Piala Dunia.

“Mereka belum pun berada di Amerika Syarikat apabila keluarga masing-masing sudah berada di sana sejak dua minggu sebelum itu. Pada pendapat saya, mereka sepatutnya menunggu sehingga peringkat suku akhir,” katanya.

Kenyataan Matthäus menambah lagi kritikan terhadap prestasi hambar Jerman selepas mereka tersingkir menerusi kekalahan dalam penentuan sepakan penalti kepada Paraguay. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN