fbpx
TIELEMANS menyempurnakan sepakan penalti pada hujung masa tambahan untuk membantu kemenangan Belgium menewaskan Senegal. - AFP

Piala Dunia 2026: Belgium manfaat peluang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEATTLE – Pengendali Belgium, Rudi Garcia menyifatkan tindakan Senegal mengendurkan rentak permainan ketika mendahului 2-0 menjadi punca utama kebangkitan dramatik skuad Red Devils pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026.

Belgium yang hampir tersingkir akhirnya bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Romelu Lukaku dan Youri Tielemans sebelum pemain tengah itu meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa tambahan untuk menghadiahkan kemenangan 3-2.

Garcia mengakui anak-anak buahnya mendapat suntikan keyakinan sebaik sahaja berjaya merapatkan jurang, sekali gus mengubah sepenuhnya momentum perlawanan yang sebelum itu dikuasai Senegal.

“Senegal hilang struktur permainan mereka pada penghujung perlawanan apabila cuba mempertahankan kelebihan 2-0 dan pada pendapat saya itu adalah satu kesilapan besar.

“Keadaan itu memberi keyakinan kepada kami kerana sebaik sahaja kedudukan menjadi 2-1, corak permainan berubah sepenuhnya,” katanya.

Kejayaan tersebut menyaksikan Belgium kembali melangkah ke pusingan 16 terbaik buat kali ketiga dalam empat penampilan terakhir di pentas Piala Dunia selepas mara ke suku akhir pada 2014 dan separuh akhir pada edisi 2018.

Lukaku sekali lagi membuktikan nilainya apabila jaringan sebagai pemain gantian menghidupkan semula peluang Belgium sebelum Tielemans melengkapkan kebangkitan dramatik pasukan itu menerusi dua gol penting.

Belgium kini menanti pemenang pertemuan antara Amerika Syarikat dan Bosnia bagi aksi pusingan 16 terbaik dengan keyakinan tinggi selepas membuktikan semangat juang luar biasa untuk bangkit daripada ambang penyingkiran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN