PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa yang memanggil anak-anaknya pulang ke rumah menggunakan sebuah dron mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di akaun TikTok @rempuh7909, kelihatan beberapa kanak-kanak sedang bermain di taman menyedari kehadiran dron berkenaan sebelum beredar, seolah-olah memahami isyarat untuk pulang ke rumah.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan cara kreatif bapa itu memanggil anak-anaknya.
“Cara zaman moden panggil anak balik, dulu panggil dengan rotan atau getah paip,” komen Safiyya.
“Mak kita dulu pun terbang juga. Mak kita buat senduk dengan getah paip terbang,” seloroh Iman Umar.
“Dulu, kita pukul tujuh tak balik kena duduk luar rumah,” komen seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE
@rempuh7909 Fly drone ambek view ❎ Fly drone panggil anak balik ✅ Stress lah mcm ni, tiap ptg kena fly.. #djineo ♬ Curious Little Creatures – BlueWhaleMusic














