fbpx
Zulkifli bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Sifar kes penipuan haji, badal haji musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Tiada kes penipuan pakej haji mahupun badal haji direkodkan sepanjang musim haji 1447H/2026M hasil pemantauan bersepadu yang dilaksanakan pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pemantauan secara menyeluruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain tindakan pengawasan terhadap iklan serta tawaran di platform media sosial.

Katanya, langkah berkenaan dilaksanakan bagi membanteras sindiket penipuan pakej haji yang sering mengambil kesempatan terhadap bakal jemaah setiap kali musim haji.

“Alhamdulillah, hasil kerjasama bersepadu antara TH, PDRM dan pihak berkuasa lain, tahun ini kita merekodkan sifar kes penipuan.

“Bukan sahaja penipuan pakej haji, malah tiada juga kes penipuan melibatkan badal haji yang dilaporkan sepanjang musim haji kali ini,” katanya ketika sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan usaha penguatkuasaan, pemantauan dan kempen kesedaran yang dijalankan secara berterusan bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN