fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut didakwa berlaku di sekitar KLCC.

Gagak ‘naik angin’ di KLCC? Ramai pejalan kaki kena serang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) susulan dakwaan beberapa burung gagak bertindak menyerang pejalan kaki.

Perkara itu tular selepas seorang pengguna Threads dikenali sebagai @Mazacarrental berkongsi pengalaman mendakwa diserang burung tersebut ketika berada di kawasan berkenaan.

“Kalau nak pergi KLCC hati-hati. Ada burung gagak suka serang orang dengan cakaran dan patukan. Aku dah kena, geram betul,” tulisnya.

Turut dimuat naik video memaparkan beberapa ekor haiwan itu menyerang pejalan kaki yang lain ketika melintasi kawasan tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati beberapa pengguna lain turut berdepan situasi yang sama apabila diserang burung gagak ketika berjalan di sekitar KLCC dan berhampiran dengannya.

Seorang pengguna, @Shaaauqqqi mendakwa burung berkenaan memang sering mengganggu orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

“Yaa burung-burung ni suka kacau orang lalu lintas,” katanya sambil memuat naik sebuah video memaparkan kejadian tersebut.

Seorang lagi pengguna, @hafiz_kentang pula percaya tindakan burung itu mungkin berpunca daripada kewujudan sarang berhampiran lokasi kejadian.

“Pernah kena serang macam ni. Lepas siasat dengan teliti, kawasan yang lalu tu ada sarang dia,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa netizen mengaitkan tingkah laku gagak dengan sifat semula jadinya yang dikatakan mampu mengenali wajah manusia dan menyimpan dendam sekiranya pernah diganggu.

“Mungkin lelaki tu ada buat sesuatu pada gagak. Gagak memang boleh ingat muka dan simpan dendam,” tulis @Dannnn.nnn02.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa atau pihak pengurusan KLCC berhubung dakwaan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN