fbpx
Muhammad Syawal menunjukkan Ford Ranger di sebuah bilik pameran di Kota Bharu baru-baru ini.

‘Dulu masuk showroom pun tak nak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penasihat jualan di sebuah bilik pa­meran syarikat kenderaan di sini terkejut apabila menerima lebih 10 tempahan daripada pelanggan dalam tempoh dua hari selepas harga diesel bersubsidi diturun­kan kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan.

Muhammad Syawal Mahmood, 38, berkata, sebelum ini, tiada sebarang tempahan terhadap trak pikap jenis Ford Ranger yang dijual bermula harga RM150,000 ke atas itu sejak tiga bulan lalu.

Katanya, dia tidak menyangka apabila menerima panggilan tidak putus-putus daripada pe­langgan yang bertanyakan me­ngenai harga semasa kenderaan tersebut bermula tiga hari lalu.

“Daripada ramai yang menghubungi saya, lebih 10 pelanggan yang sudah membuat tempahan Ford Ranger. Ia merupakan satu keadaan yang luar biasa apabila saya tiada langsung jualan trak pikap sejak harga semasa diesel naik dan tidak menentu beberapa bulan lalu.

“Bukan hanya tiada tempahan, pelanggan juga tidak sudi masuk ke bilik pameran syarikat kami untuk pandu uji beberapa model trak pikap keluaran Ford sepanjang tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Muhammad Syawal yang sudah bekerja selama 16 tahun sebagai penasihat jualan Ford memberitahu, dia berharap jualan trak pikap meningkat susulan penurunan harga diesel sekali gus memberi peluang kepada industri jualan kenderaan kembali stabil.

Menurutnya, dia dan pasukannya sudah menjalankan strategi pemasaran dengan mengedarkan risalah dan melalui media sosial untuk menarik orang ramai kembali berminat kepada trak pikap yang menggunakan diesel.

Muhammad Syawal berkata, dia berharap kerajaan tidak lagi menaikkan harga diesel yang sebenarnya membebankan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN