fbpx
ENGLAND diletakkan pilihan untuk meneruskan kemaraan, namun mereka perlu bersiap sekiranya perlawanan berakhir menerusi penentuan penalti. - AFP

Piala Dunia 2026: England fokus sepakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Pemain sayap England, Noni Madueke mendedahkan bahawa pasukannya kini memberikan fokus serius terhadap latihan sepakan penalti menjelang pertemuan menentang Republik Demokratik Congo tengah malam ini.

England dianggap sebagai pilihan utama untuk pertemuan di Stadium Atlanta, namun tiada perkara yang dipandang ringan, termasuk kemungkinan aksi tersebut perlu berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Sepakan penalti sering menjadi titik lemah England sejak sekian lama, termasuk kekalahan kepada Itali dalam perlawanan akhir Euro 2021, namun, skuad bimbingan Thomas Tuchel kini bersedia jika perlawanan berlanjutan hingga ke penentuan penalti.

“Apabila memasuki peringkat kalah mati, ia menjadi lebih penting dalam setiap perlawanan. Jadi, seperti setiap bahagian lain dalam permainan, kami mahu berada pada tahap tertinggi apabila melibatkan sepakan penalti.

“Saya sentiasa bersedia untuk mengambil penalti, namun akhirnya keputusan terletak di tangan jurulatih dan apa yang beliau fikir terbaik untuk pasukan. Tetapi, dari pihak saya, saya sentiasa bersedia,” katanya.

Sementara itu, Tuchel kini berdepan masalah untuk posisi pemain bek kanan ekoran keputusannya untuk tidak membawa lebihan pemain di bahagian berkenaan ketika Reece James bakal terlepas aksi menentang Congo ekoran kecederaan hamstring.

Ketika perlawanan menentang Panama, Jarrel Quansah diturunkan, namun pemain itu berdepan masalah kecederaan buku lali menyebabkan Tuchel hilang pemain bek kanan tulen di posisi berkenaan.

Pengendali dari Jerman itu dijangka menurunkan Djed Spence untuk mengisi kekosongan tersebut, namun keputusannya tidak membawa Trent Alexander-Arnold mula memakan diri dan berdepan kritikan ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN