fbpx
Muhammad Kamil

PRN Johor: Halang PM guna kemudahan kerajaan adalah biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG RENGAS – Pihak Perdana Menteri terkilan terhadap tindakan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menggunakan kemudahan kerajaan di Johor, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa Anwar sendiri tidak pernah dilayan sedemikian ketika hadir ke Kelantan atau Terengganu.

“Parti kerajaan negeri berada bersama Perdana Menteri di peringkat Persekutuan. Kenapa perlu tunjuk sikap sebegini? Ini biadap,” katanya kepada pemberita semasa Program Jelajah Sejahtera Madani Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Muhammad Kamil semalam dilaporkan membuat dakwaan tersebut berhubung usaha Anwar mahu bertemu dengan masyarakat setempat di Kompleks Penghulu Sungai Balang, Muar pada dua minggu lalu.

Katanya, Anwar sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan sikap yang baik dan tidak membeza-bezakan warna politik ketika mengumumkan pembangunan serta peruntukan.

“Umpamanya projek Sejati Madani, kita tak bezakan kamu orang UMNO, PKR atau Pas. Sebab niat adalah untuk membantu rakyat bawahan,” katanya.

Beliau sendiri mendakwa berdepan kesukaran untuk melawat sebuah projek Sejati Madani di Johor dan percaya hal itu kemungkinan dipengaruhi oleh pemimpin setempat daripada parti lain.

Ditanya tentang kesan pertembungan Barisan Nasional (BN), UMNO dengan Pakatan Harapan terhadap kestabilan kerajaan Pusat, Muhammad Kamil mendakwa situasi tersebut merupakan pilihan BN dan UMNO sendiri.

“Ini bukan pilihan kita (PH) untuk mengadakan pilihan raya dan pertembungan ini. Ini pilihan UMNO BN untuk bertembung sebegini. Jadi apa lagi pilihan yang kita ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN