fbpx
Ramli ketika sidang akhbar di Pejabat KDEBWM di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

Kos operasi lori Roro KDEBWM cecah RM4 juta sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – KDEB Waste Management (KDEBWM) merayu kerajaan menyalurkan bantuan subsidi diesel berjadual bagi 800 lori ‘Roll On Roll Off’ (Roro) milik syarikat itu di Selangor susulan lonjakan kos operasi yang kini mencecah lebih RM4 juta sebulan

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, permohonan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kementerian berkaitan termasuk melalui surat, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Saya tidak tahu mengapa lori roro tidak diberikan subsidi itu kerana kami tidak mengutip barangan untuk dijual atau perniagaan menerusi kutipan seharian.

“Ini dianggap tidak adil kerana kami hanya membuat kutipan sampah yang perlu dibersihkan dan dilupuskan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga diesel memberi kesan ketara terhadap keupayaan operasi apabila satu tangki penuh 100 liter kini meningkat kepada sekitar RM450 berbanding kira-kira RM200 sebelum ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kapasiti operasi harian yang sebelum ini mampu mencapai sehingga tiga trip sehari kini semakin terhad.

“Namun, apabila minyak naik 100 peratus, kami tidak lagi mampu menanggung kos itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN