fbpx
RAKYAT Malaysia yang cedera terkena letupan bom di Persimpangan Sapom di Mukim Phai Wan, Daerah Tak Bai, Thailand pagi tadi sedang mendapatkan rawatan. - IHSAN ISOC4

Dua rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom ditanam di Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, Thailand – Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV), Proton X50 yang dinaiki mereka terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti dalam kejadian pukul 11.41 pagi itu waktu tempatan itu.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan.

“Letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut ISOC4, pasukan keselamatan segera mengepung kawasan kejadian dan menutup laluan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN