fbpx
BAENA meledak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan buat Sepanyol ketika menyingkirkan Uruguay. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol lolos halangan sukar Uruguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZAPOPAN – Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente memuji aksi dipamerkan anak-anak buahnya ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Uruguay pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Guadalajara pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Alex Baena pada minit ke ke-42 memastikan skuad La Roja melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan H selain menyingkirkan Uruguay daripada saingan.

De La Fuente berkata, pemain-pemainnya sentiasa tahu untuk menyesuaikan diri dengan situasi permainan dan ia terbukti apabila mereka dapat mengekang asakan dilakukan Uruguay selain mampu menjaringkan gol.

“Ia merupakan satu perlawanan yang benar-benar menguji kemampuan kami sebagai satu pasukan. Dengan perlawanan intensiti tinggi seperti ini, pemain-pemain sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kami sentiasa menunjukkan respons berbeza dalam setiap perlawanan, terutamanya perlawanan yang sukar seperti hari ini (semalam). Saya sangat gembira kerana kami berjaya dapatkan tiga mata berharga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui Uruguay memberikan tekanan cukup tinggi kepada Sepanyol, lebih-lebih lagi apabila berjaya menghalang pemain-pemain La Roja melakukan lebih tiga hantaran berturut-turut.

“Secara jujur, kami sukar untuk melakukan hantaran lebih tiga kali berturut-turut kerana tekanan yang dibuat Uruguay. Oleh itu, saya gembira dan lega untuk menang walaupun dengan satu jaringan,” ujar De La Fuente. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN